Kekuatan emas

DI MANAKAH KEKUATAN EMAS?

Kita tahu emas bersifat mulur, yakni lembut dan senang dibentuk. Jadi di manakah sebenarnya kekuatan emas?

Pada harganya kah? Atau pada kilaunya?

Sebagai penyimpan emas, saya berpendapat kekuatan emas itu pada beratnya, kerana berat itu yang menyimpan nilai, dan masa menentukan peningkatan nilai ini.

Duit kertas ia bernilai kerana tertulis “wang ini sah diperlakukan”. Masih ingat duit kertas seringgit lama? Bila Bank Negara gazetkan duit itu ditamatkan pengedaran, terus ia hilang nilai.

Berbeza dengan emas, ia adalah logam berharga dan mempunyai nilai intrinsik. Ada harga tersendiri, ada kekuatan pada keberatannya

*nota: duit seringgit lama harganya mungkin lebih dari seringgit di mata pengumpul numismatik 

padawanemas @Public Gold |PG00057567

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini