bazar ramadhan

DISIPLIN DI BAZAR RAMADHAN

Rambang mata kalau berjalan di bazar ramadhan, kan?

Kalau di Malaysia, bulan puasa yang seronoknya ada banyak juadah berbuka kita boleh cari di bazar² ramadhan. Yang tak seronoknya jika kita tidak disiplin berbelanja di pasar Ramadhan.

Jika tidak dijaga, semua jenis makanan nak beli, kan? Dari lauk pauk, ke kuih muih ke air tebu.

Memang boleh gila..

Dulu bekerja di ofis, saya bawa duit minima dalam dompet. Sama juga ke bazar. Untuk saya keluarga 4 orang, RM10 sudah cukup untuk top-up apa yang patut. Kalau isteri tak masak, maka lebih lah belanjanya. Takut nak bawa duit banyak², ada saja kita mencari sebab untuk beli.

Duit RM10 tadi keluarkan siap² dari dompet dan simpan dalam saku. Disiplin dalam belanja. Hanya gunakan duit dalam saku untuk membeli juadah berbuka.

Selamat berbuka dan menjalankan ibadah berpuasa.

padawanemas @Public Gold |PG00057567

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini