sebelum memulakan pelaburan

3 PERKARA SEBELUM MEMULAKAN PELABURAN EMAS

Sudah tentukan posisi anda untuk membeli emas? Nanti dulu, saya kongsikan 3 perkara perlu disemak sebelum memulakan pelaburan emas..

  1. Cash Flow positif?
    Pastikan duit pendapatan anda melebihi perbelanjaan bulanan. Ini termasuk 10% duit simpanan berjaya diasingkan secara disiplin setiap bulan. Kalau tiada lebihan wang, bermakna anda mungkin hidup melebihi paras kemampuan anda. Sebab itu saya sarankan perlu ada cara dalam mem-bajet perbelanjaan bulanan.
  1. Duit Back-up 3 bulan cukup?
    Sediakan dahulu tabung back-up 3 bulan, kalau ada emergency boleh pakai (contohnya diberhentikan kerja secara mengejut). 3 bulan ini minima, bergantung jugak kepada jenis kerja. Mungkin 6 bulan lebih sesuai ataupun setahun simpanan back-up.
  1. Hutang minima. Tiada hutang? Lagi bagus!
    Rasanya zaman sekarang ini, semua orang tak lari dari berhutang. Cuma, afdhalnya kita menyegerakan hutang² jahat yang ada. Selepas penutupan kedai tinted, saya menstruktur semula hutang saya. 

Jika belum ada simpanan solid tak perlu kita berkejaran nak membina kekayaan. Jika ada masalah dalam membina tabung simpanan pun boleh cuba emas sebagai savings.

padawanemas @Public Gold |PG00057567

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini