RAYA AIDILFITRI 2020 YANG UNIK

Raya Aidilfitri 2020 adalah sambutan yang saya akan ingat selamanya..

Sambutan Aidilfitri tahun ini sememangnya unik kerana penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP). Malah setelah masuk fasa PKP Bersyarat, walaupun banyak industri sudah boleh beroperasi, namun terpaksa menuruti beberapa SOP tambahan.

Malah untuk kami yang bekerja di lautan, semua pekerja perlu melalui saringan COVID-19 di pelabuhan². Jika merentas lautan (termasuk dari Semenanjung ke Sarawak atau luar negara), kita perlu dikuarantin 14 hari. Di atas kapal pula, setiap hari Medic akan periksa suhu dan tanda² gejala.

Asalnya, saya agak keberatan mahu bekerja kerana dirasakan leceh. Tapi kalau tak kerja, tiada duit pula. Nanti anak bini mahu makan apa pula? Maka saya gagahkan diri dan berserah sahaja kepada Tuhan. Kita hanya usaha dan patuh kepada SOP baru.

Di atas kapal pula, untuk ikut praktis di darat iaitu penjarakkan sosial memang hampir mustahil. Pertamanya, kita tidur sahaja sudah berkongsi bilik. Jika on-shift pula, kita bekerja secara “buddy system” iaitu harus berdua atau jika kerjanya berat dan rumit, mungkin perlu berkumpulan.

raya aidilfitri 2020

Malah lebih unik projek ini, syarikat yang saya bekerja rupanya berkolaborasi dengan syarikat lama saya. Berjumpa jugalah dengan orang² yang dulu kita tak sebulu. Tapi pedulikan saja, kita sudah move on. Lagipun kan kerja di bulan mulia? Cantik sungguh aturan Tuhan.

Apapun, kita semua perlu bergantung harap kepada SOP di pelabuhan, iaitu saringan yang ketat. Andai kata seorang didapati dijangkiti COVI-19, maka semua crew kapal atau platform perlu dikuarantin, nah kan susah kita mahu cari makan.

Bukan sahaja di darat, tapi di lautan juga mungkin kita perlu hadap norma baharu.

Semoga kita semua selamat, dan kerja sentiasa ada demi anak bini kita.

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini