• Home
  • Umum
  • MAK SELALU BISING, BELI ATAU SEWA RUMAH?
beli atau sewa rumah?
InUmum

MAK SELALU BISING, BELI ATAU SEWA RUMAH?

Mak selalu bising sebab belum beli rumah sendiri lagi kerana masih menyewa. Terpulanglah kepada diri sendiri, mana yang lebih sesuai dengan poket anda; beli atau sewa rumah?

Orang dulu² memang pentingkan aset, takkan tak pernah dengar orang tua² sibuk berebut tanah di kampung? Paling tidak pun mak bapa kita yang tak sudah bertanya bila nak beli rumah?

Hampi kesemua rakan² sebaya saya sudah ada rumah sendiri, paling kurang pun rumah yang tinggal itu milik sendiri. Mana kawan² yang ikut sifu hartanah tu, siap ada yang menyewakan rumah/apartment/kondo untuk dijadikan aliran tunai positif.

Mak saya pun hairan kenapa saya belum ada rumah, sebaliknya masih pilih untuk menyewa. Ini sebenarnya berbalik kepada perbelanjaan kita sendiri. Masih ingat lagi dengan excel perbelanjaan bulanan?

Jika mengikut plan perbelanjaan, saya hanya mampu sewa rumah yang duduk sekarang. Dengan jumlah yang sama, tidak mampu untuk saya memiliki rumah sendiri mengikut selera saya. Yang ada pun mungkin luar sedikit dari bandar, tak kena pula corak pendidikan anak².

Teringin juga nak beli rumah sendiri. Siapa tak nak?

Isteri saya ada tanah di sekitar perkampungan berhampiran Bangi, kami merancang untuk buat rumah sendiri satu hari nanti. Namun idealnya, kami nak tinggal di Terengganu sahaja. Rumah kampung di tepi laut. Masa lapang saya boleh ke pulau² berhampiran memancing ataupun diving.

Memandangkan hartanah merupakan aset yang besar dan buat masa ini agak sukar saya miliki (1.Mahal 2.Tiada punca pendapatan tetap) saya pilih emas sebagai aset awal.

Kenapa emas?

  1. Emas bersaiz kecil dan bergantung kepada berat, harganya mampu milik. Sekarang pula ada akaun GAP. Sikit² lama² jadi bukit (emas)
  1. Jika berlaku darurat/perang di negara, saya ada aset yang boleh dibawa lari. Pernah dengar kisah pelarian vietnam bawa emas Kim Thanh? Emas keping nipis ini disisip dalam pelipat baju ketika mereka melarikan diri (ada yang sampai Malaysia)
  1. Emas bila disimpan lama nilainya akan meningkat, boleh saya jual dan jadikan modal untuk membuat rumah kampung di tepi laut idaman di kemudian hari. Atau paling kurang buat dulu rumah di Bangi.

Kalau mak saya baca entry ini, harap dia kuranglah bising dengan saya lepas ini.

padawanemas @Public Gold |PG00057567

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini