InUmum

MISI MENCAPAI BEBAS KEWANGAN

Mungkin anda pernah dengar seorang “influencer” mahu berkongsi dengan anda; bagaimana mahu mencapai bebas kewangan?

Kita sudah lepas tahun 2020 pun, kereta terbang pun belum nampak. Ini pula influencer bercerita mahu bebas kewangan, hidup mewah, berjalan sana sini, kereta pula paling tidak Mustang.

Sebenarnya, kita perlu faham apa itu maksud “bebas kewangan”. Secara umum bebas kewangan bermaksud kita telah bersiap sedia mempunyai simpanan, pelaburan, dan wang tunai yang mencukupi untuk menampung kehidupan yang kita inginkan untuk diri sendiri dan keluarga.

Baca: yang kita inginkan. Nah itu kan takrifan subjektif.

Kehidupan yang saya inginkan tidak sama dengan anda. Saya tidak perlu duit turun dari langit untuk berjalan satu dunia. Cukup hidup di kampung, dapur berasap setiap bulan sudah memadai. Bekalan akhirat yang mahu dikejar. Umur pun dah semakin makan tahun.

Cuma, bila lihat golongan peniaga yang suka menjaja konsep bebas kewangan ini, saya jadi sakit mata. Kalau benar dia itu bebas, buat apa diajaknya kita untuk join “team” dia? atau join syarikat dia? atau join network dia?

If you are not paying for it, then you are the product

unknown

Yang dia mahukan sebenarnya anda, yang dijajakan adalah satu impian (yang mungkin boleh dicapai), supaya impian dia itu boleh dicapai.

Berhati-hati geng, usah terlalu taksub mahu mencari kebebasan kewangan. Takut terperangkap dalam kitaran kejam.

mencapai bebas kewangan

Selamat Tahun Baru 2021. Berhentilah menjual impian.

padawanemas @Public Gold |PG00057567

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini