HARGA EMAS SEMAKIN NAIK, APA PERLU BUAT?

Baru² ini harga emas dunia mencatatkan rekod baru harga tertinggi, dan semakin hari kita lihat harga emas semakin naik.

Jadi sebagai penggemar logam berharga ini, apakah tindakan kita yang seterusnya. Adakah terus membeli, mahal ni harganya. setiap hari harga emas semakin naik.. atau hanya biarkan sahaja berlalu dan berharap harga akan turun kembali.

Jika seorang Penyimpan, saya syorkan teruskan dengan plan simpanan anda. Sekiranya memang ada menyimpan contohnya 1 gram 1 bulan, teruskan sahaja. Naik atau turun harga emas kita tetap boleh dapatkan purata harga dari pembelian² seterusnya.

Jadi, bagaimana pula jika anda punya jumlah wang lebihan yang banyak dan ingin Melabur?

Sebagai contoh, seorang customer saya baru² ini ada membeli 70g emas pada harga RM286/g pada 27/7/2020 kerana melihat emas meroket. Beliau target mahu jual bila sudah sampai RM300/g. Jom kita kira sikit;

Harga dibeli – RM286/g
Harga mahu dijual – RM300/g

Untung – RM14/g

Kita tahu spread Public Gold 9% (emas 70g sebenarnya spread lebih murah). Jadi untung sebenar lepas ditolak spread – RM12.74

Jumlah keuntungan sebenar – 70g x RM12.74 = RM891.80

Di sini ilmu analisa teknikal harga emas sangat penting. Terpulang kepada kita, mahu belajar dengan siapa, kerana lain guru lain pula mazhabnya. Dan faktor ke-dua, emosi masing² pastinya berbeza.

Sekadar tujuan suka² jom kita tengok graf sikit. Saya unjurkan kebarangkalian harga emas jangka pendek dengan menggunakan fibonaci expansion, kerana ia sesuai untuk melihat trend menaik/menurun jangka pendek terutama ketika harga emas semakin naik.

Garisan fibonaci ini saya unjurkan dari Mac 2020, sekitar pandemik COVID-19 mula menular serata dunia dan berlaku peningkatan permintaan mendadak terhadap logam ini sebagai safe haven.

harga emas semakin naik
Harga spot Emas

Berdasarkan unjuran ini, kita dapat lihat paras yang kita mahukan ialah di paras USD2028/oz = RM276/g (semak kadar tukaran). Bila ditambah dengan premium over spot Public Gold (sekarang 7.7%), harga PG Sell akan jadi RM298/g. Ini sudah hampir dengan target customer saya, yakni RM300/g

Soalnya sekarang bilakah harganya boleh sampai RM300/g? Faktor MASA inilah pekali yang tidak tentu.

Dan bila sudah sampai RM300/g adakah mahu jual terus, atau tunggu lagi sehingga mencapai paras tinggi seterusnya?

Atau harga emas akan turun ke USD1898/oz = RM259/g (RM280 tambah premium over spot) dan kita terus berharap harga kembali naik.

Kesimpulannya, jika ada pengetahuan analisa teknikal harga emas, kita mungkin dapat menduga bila masa sesuai untuk jual atau beli emas, seterusnya membolehkan kita lebih yakin melabur emas terutamanya ketika harga emas semakin naik ini.

padawanemas @Public Gold |PG00057567

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini