Arkib

Tags

BELI EMAS DENGAN TEKNIK PURATA HARGA EMAS

Kebiasaannya, orang yang baru bermula dengan simpanan emas akan lebih bimbang dengan naik turun harga emas. Oleh itu, penting bagi seseorang melengkapkan diri dengan ilmu purata harga emas

Jika anda baru menyimpan emas, dan masih ragu² menyimpan secara konsisten contohnya 1 gram 1 bulan kerana perubahan harga emas naik dan turun, saya nak berkongsi satu teknik yang dapat mengoptimakan simpanan emas iaitu cara kira purata harga emas

Dalam contoh ini, kita perlu semak goldprice.org untuk sejarah harga setahun ke belakang (tukarkan ke RM/gram). Sudah klik pautannya?

purata harga emas
Purata Harga Emas

Ok jom kita lihat contoh kiraan (kiraan kasar) di bawah;

Kita tahu secara kasar premium over spot price Public Gold ialah 8.27% [update: sila semak semula kiraan kerana penyelarasan spread baru pada Julai 2017]. Dari graf goldprice.org harga emas dari April 2016 ke Mac 2017 (beserta premium) adalah seperti berikut:

  1. April 2016 RM153/gram + 8.27% = RM165.65/gram
  2. May 2016 RM161/gram + 8.27% = RM174.31/gram
  3. Jun 2016 RM161/gram + 8.27% = RM174.31/gram
  4. Julai 2016 RM172/gram +8.27% = RM186.22/gram
  5. Ogos 2016 RM178/gram +8.27% = RM192.72/gram
  6. Sep 2016 RM172/gram +8.27% = RM186.22/gram
  7. Okt 2016 RM170/gram +8.27% = RM184.06/gram
  8. Nov 2016 RM173/gram +8.27% = RM187.31/gram
  9. Dec 2016 RM168/gram +8.27% = RM181.89/gram
  10. Jan 2017 RM166/gram +8.27% = RM179.73/gram
  11. Feb 2017 RM172/gram +8.27% = RM186.22/gram
  12. Mac 2017 RM178/gram +8.27% = RM192.72/gram

Jumlah emas terkumpul (1 gram 1 bulan) = 12 gram
Jumlah duit dibelanjakan =  RM2191.38
Harga Purata per gram emas = RM2191.38/12 = RM182.6154/gram

Dalam erti kata yang lain, walaupun harga emas naik dan turun dari minima RM165/gram hingga maksima RM193/gram, anda sebenarnya membeli 12 gram emas dengan harga RM183/gram, dengan pembelian 1 gram 1 bulan secara konsisten.

Soalnya sekarang, adakah berbaloi untuk anda menyimpan 12 gram pada purata harga emas RM183/gram?

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini