FAHAMI TENTANG HARGA SPOT EMAS

Antara soalan yang sering juga ditanya ialah mengenai pasaran emas, kerana biasanya orang ingat harga spot emas ini adalah harga yang patut semua syarikat jual emas ikut..

Tidak Tuan² dan Puan²..

Harga spot emas adalah harga “LIVE” iaitu harga ketika ini di pasaran terbuka yang boleh dijual atau dibeli (oleh broker).

Untuk semak pergerakan harga spot ini boleh ke laman web seperti kitco.com atau goldprice.org (saya paling suka rujuk dua ini)

Jika anda lihat, harga emas ini berubah-ubah, ini kerana terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pergerakkan harga emas spot, sudah saya kongsi dalam 3 entri sebelum ini.

Kerana harga ini “LIVE” jadi agak sukar sesebuah syarikat itu mahu sentiasa kemaskini. Oleh itu hampir kesemua syarikat akan mengambil pendekatan “lock price” pada masa-masa tertentu.

Malah, kesemua syarikat atau bank besar akan merujuk kepada harga ini dan dicampurkan dengan premium (Premium over Spot), yelah nak berniaga kenalah ada untung.

Sebagai contoh, Public Gold akan kunci harga emas yang dijual secara outright purchase pada setiap 20 minit, manakala harga emas di Gold Accumulation Program pula dikunci setiap 24 jam.

Harga paparan dari Kitco ini pada 18 Nov 2020, namun di Kitco ada juga dipaparkan harga bagi 2 hari sebelumnya, iaitu 16 Nov 2020 dan 17 Nov. Ini memudahkan kita untuk melihat sekali lalu “trending” pergerakan harga emas dalam durasi 3 hari; samada menaik atau menurun, serta perbezaannya.

Pastinya, untuk memahami lebih mendalam, seseorang itu haruslah melengkapkan diri dengan ilmu analisa teknikal harga emas yang lebih mendalam.

Harga spot emas ini bergerak 24 jam. Jika kita lihat di bahagian bawah itu adalah pasaran-pasaran emas dunia yang aktif meniagakan emas.

Walaupun ada masa buka dan tutup masing-masing, namun kesinambungan dagangan kesemua pasaran ini membolehkan emas diniagakan sepanjang hari, kecuali sabtu, ahad dan cuti umum bagi negara untuk pasaran itu.

Jika anda perasan, harga emas dipaparkan adalah dalam USD/oz. Jadi untuk kita yang lemah kira-kira, boleh gunakan kalkulator online, atau saya gemar ke goldprice.org kerana ada fungsi tukar kan USD/oz ke MYR/g.

Semoga entri ini dapat membantu anda untuk fahami apa itu harga spot emas, dan kenapa setiap syarikat jual emas atau bank mempunyai harga yang berbeza-beza.

padawanemas @Public Gold |PG00057567

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini