Arkib

Tags

  • Home
  • Umum
  • KESILAPAN BESAR SAYA BERNIAGA KEDAI TINTED KERETA
kedai tinted kereta
InUmum

KESILAPAN BESAR SAYA BERNIAGA KEDAI TINTED KERETA

Tahun 2010 merupakan big year buat saya. Ketika itu saya bertukar tempat kerja dari Singapura ke KL. Duit simpanan ada banyak. Duit modal berniaga pun sudah cukup. Maka saya dan sahabat ambil keputusan untuk buka bisnes idaman kami, kedai tinted kereta..

Ketika itu, market bumiputera masih sangat sikit. Boleh kira juga berapa biji kedai yang ada area KL ini. Itupun kita tak pasti, zaman itu internet bukan macam sekarang.

Kami menyewa sebuah kedai di seksyen 13 Shah Alam dan memulakan operasi sekitar bulan Julai 2010 dengan nama The Tint Company™. Dengan jumlah staff terlatih ketika itu seramai 3 orang.

Sahabat saya mempunyai direct access dengan pemilik galeri jualan Proton dan Perodua di kawasan berhampiran. Difikirkan, mudahlah untuk dapat sales. Ramai rakyat Shah Alam membeli kereta nasional, berdasarkan statistik MAA tahun itu.

Selepas beberapa bulan berniaga kedai tinted kereta, kami sudah nampak perniagaan tak boleh bertahan, masa untuk exit. Bulan ke-6 saya sudah hangus duit simpanan sendiri untuk suntik modal pusingan ke perniagaan.

Sama juga dengan sahabat saya, tapi dia anak orang kaya. Duit dia banyak, ASB dua tabung sudah penuh. Hartanah pun ada sebidang dua, apartment dan condo sudah ada positive income bulanan.

Masuk bulan ke-7 saya sudah tak nampak jalan boleh meneruskan perniagaan. Mana taknya, duit makan sendiri pun dah tak cukup.

Tabung syilling terpaksa dikorek untuk makan harian di pejabat. Hutang kad kredit melambung sampai maximum limit 2 kad, kebanyakkannya digunakan untuk membayar bil utiliti dan barang dapur. Cash dari duit gaji saya pula banyak digunakan untuk perniagaan, kebanyakkannya untuk pembayaran gaji pekerja dsb.

Ketika itu, hampir setiap malam saya melihat siling rasa menyesal, marah dan macam². Banyak perkara saya salahkan.

Saya salahkan sahabat saya kerana tak berurusan betul² dengan Proton dan Perodua. Saya salahkan salesman Melayu yang langsung tak nak support peniaga Melayu dan lebih mementingkan komisyen, saya salahkan bank kerana tak approve loan. Senang cerita semua lah saya salahkan.

Fast forward 3 tahun, saya salahkan diri sendiri. Saya tak cukup ilmu.

Ilmu berniaga kurang, ilmu pengurusan duit kurang, ilmu market share kurang, ilmu politik peniaga dan salesman dan macam² lagi ilmu saya kekurangan untuk berniaga kedai tinted kereta.

Yuran kebodohan yang mahal perlu dibayar, RM95k dan masih belum settle. (update: Alhamdulillah sudah selesai)

Salah satu kerja saya kini ialah ROV Pilot di dalam sektor oil & gas dan gajinya lumayan, duit ini banyak saya gunakan untuk membayar hutang piutang perniagaan kedai tinted.

Hakikatnya saya hilang peluang dan masa. Duit gajian offshore banyak digunakan untuk membayar hutang, sedangkan jika digunakan sebagai modal mungkin boleh saya bangunkan perniagaan lain. Masa saya pula banyak dihabiskan di laut.

Jika anda hendak berniaga kedai tinted kereta, ataupun perniagaan lain. Jangan syok sendiri. Kaji sehabis²nya, dan guna saja modal yang ada walaupun sikit. Mula dari bawah dan cedoklah segala ilmu yang boleh sepanjang jalan

Jangan jadi bodoh macam saya.

7 Comments

Leave a Reply to taufiq Cancel reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini