MEMAHAMI SIJIL KETULENAN EMAS PUBLIC GOLD

Jika anda berpeluang, luangkan masa untuk membelek dengan lebih dekat sijil ketulenan emas. Ada banyak maklumat yang boleh diperolehi

Kebanyakkan produk emas pelaburan tidak lagi menyediakan sijil ketulenan berbentuk kertas, sebaliknya berbentuk kad terus di-laminate bersama emas. Saya akan cuba bantu anda untuk memahami sijil tersebut, kerana jika dilihat banyak juga logo² yang ada. Jom kita tengok satu persatu.

Gambar ini gold bar 1g Public Gold edisi Merdeka. Kad itu sendiri adalah sijil ketulenan

sijil ketulenan emas

Bahagian pertama mempamerkan butiran gold bar ie berat, saiz dan ketulenan. Yang penting di sini ialah Certified Assayer. Assayer ini kerja dia ialah “to assay”, atau dalam bahasa kita, menguji ketulenan.

Assayer menguji sampel emas sebelum diusahakan bentuknya, dengan cara memasukkan sampel batch emas ke dalam ketuhar dan dipanaskan sehingga  1064° C (suhu dimana emas akan melebur). Seterusnya Assayer akan menjalankan ujian fire assay atau cupellation dan akhirnya setelah berpuashati, menurunkan tandatangan.

Seterusnya, kita lihat product gold bar Public Gold ini dihasilkan oleh Nadir Metal Rafiniri yang berpengkalan di Turkey.

Terdapat logo LBMA atau The London Bullion Market Association tertera. LBMA merupakan sebuah badan yang terdiri dari majoriti bank² pusat dunia (yang menyimpan emas), syarikat perlombongan emas, pengeluar barangan emas dan sebagainya. LBMA menetapkan standard yang sangat tinggi bagi memastikan gold bar yang didagangkan di pasaran adalah yang terbaik.

LBMA telah mengeluarkan Good Delivery Lists, yang menyenaraikan pengeluar² emas dunia yang telah memenuhi syarat² ketat proses assay dan proses pembuatan produk. Secara umum, satu dunia menerima jika syarikat itu tersenarai dalam Good Delivery List, mereka ini adalah yang terbaik di dunia.

Jadi, kalau anda berminat untuk membeli emas, pastikan selidik dahulu sijil ketulenan emas.

padawanemas @Public Gold |PG00057567

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini