Arkib

Tags

CARA KIRA KENAIKAN HARGA EMAS PER TAHUN

Secara am, harga emas sentiasa meningkat setiap tahun. Malah lebih lama kita pegang emas itu, lebih tinggi harganya. Kali ini saya kongsikan cara nak kira kenaikan harga emas per tahun..

Cara mudah untuk kita tengok prestasi harga emas (spot price) adalah dengan merujuk website seperti goldprice.org. Di sebelah kanan ada “Gold Price Performance USD”. Tukarkan USD ke MYR

kenaikan harga emas per tahun

Cuma, seperti yang kita lihat, data prestasi kenaikan harga terhad kepada pilihan 30 hari, 6 bulan, 1 tahun, 5 tahun dan 20 tahun. Bagaimana caranya jika kita mahukan prestasi kenaikan harga emas untuk tahun tertentu contohnya 2019-2020.

Mula-mula, kita perlukan data harga emas untuk tahun 2019 – 2020. Caranya klik pada “charts > gold price history”

Tukarkan harga USD per OZ kepada MYR per gram dan period ke 5 tahun, atau ke julat tahun yang bersesuaian.

Di sini, kita perlu ambil harga pada tahun 2019 dan 2020, saya sudah tandakan di carta. Formula untuk kirakan peratus kenaikan diberikan oleh;

% kenaikan = [ (harga tahun ini – harga tahun sudah) / harga tahun sudah ] x 100%

Jadi bila kita masukkan harga per gram emas untuk tahun 2019-2020 kita akan dapati;

% kenaikan = [(200-170) / 170] x 100% = 17.65%

Untuk dapatkan % prestasi ini kita tidak perlu masukkan spread, kecuali jika sesebuah syarikat itu ada membuat perubahan pada spread emas, maka kita perlu ambil kira spread pada harga tahun yang terkesan.

Carta tidak pernah menipu, kita boleh lihat sendiri emas ini untuk jangka lama adalah pelaburan yang bagus kerana kenaikan nilainya.

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini