Bagi pengumpul gold bar, pasti pernah terjumpa emas ada red dot apa itu? Cuma untuk penyimpan baru, mungkin akan rasa panik sikit sebab ada red dot ni, kira “reject” atau macam mana?
Sebenarnya red dot ini hanyalah perkara kecil. Tak kisah la syarikat pengeluar emas mana sekalipun pasti ada kebarangkalian untuk dapat red dot. Jangan kata pengeluar lokal, malah pengeluar antarabangsa pun ada juga gold bar yang ada kesan merah ini
#1 – Bagaimana Red Dot terjadi?
Ketulenan emas paling tinggi adalah 99.9%. Baki itu adalah bahan lain atau istilah tepatnya; “impurities”. Dalam kejadian kesan-kesan merah ini, samada bintik atau tompok (atau tompok-tompok) adalah disebabkan kehadiran bendasing dalam proses pembuatan gold bar (minting).
Kebiasaannya, bendasing ini adalah tembaga (copper) dan semasa proses pembuatan, kehadiran bendasing tembaga ini diproses sekali bersama gold bar. Sifat tembaga yang tidak lengai seperti emas, menyebabkan ia teroksida apabila didedahkan dengan udara. Warna kemerahan yang kita nampak itu adalah oxide.
Bila di-laminate pula, proses pengoksidaan ini mengambil tempoh masa tertentu. Jadi sebab itu, mungkin bila kita beli gold bar kelihatan bebas dari sebarang kesan merah, namun setelah sekian lama, kelihatan kesan-kesan merah pada gold bar tersebut
#2 – Adakah semua gold bar akan ada red dot?
Tidak. Kejadian ini sangat jarang berlaku kerana setiap pengeluar emas menjaga peralatan mereka pada piawai mutu yang tinggi. Malah jika berdaftar dengan LBMA contohnya, bukan setakat jumlah keluaran yang perlu dijaga malah kualiti yang tinggi perlu dijaga bagi mengekalkan dalam persatuan.
#3 – Adakah harga gold bar terjejas jika ada red dot?
Usah risau, harga emas kita tak terjejas pun jika ada kesan-kesan merah ini. Malah syarikat seperti Public Gold dengan gembiranya menukarkan gold bar baru jika customer mahu menukarkan gold bar mereka yang ada red dot.
Malah, di kalangan pengumpul emas ada pula yang suka kumpul gold bar yang ada red dot (macam saya). Sebab unik dan rare!
#4 – Boleh ke kita hilangkan red dot ni?
Boleh. Gunakan pencuci emas dan silver, malah ada yang menghilangkan kesannya dengan menggunakan pencuci pinggan seperti sunlight.
Cuma isunya, untuk gold bar yang dibuka seal untuk dicuci, bila mahu jual semula akan berbeza spread value. Untuk Public Gold contohnya, jika spread 1 gram emas adalah 9% sekiranya seal dibuka kita perlu tambah 1% sahaja maka spread yang baru adalah 10%. Ada syarikat lain pula jika dibuka seal, terus dianggap sebagai “emas terpakai”, langsung spread boleh mencecah sehingga 25%.
Kesimpulannya, usah risau jika emas yang dibeli lama-lama nampak kesan-kesan merah. Ia jarang berlaku, dan jika ada pun, emas itu tidak terjejas sama sekali (kerana sifat emas yang lengai) dan harganya pun tidak terkesan, malah mungkin harganya jadi lebih mahal dari biasa.