Arkib

Tags

beli silver

OK KE BELI SILVER?

Masa zaman punk rock dulu, saya beli silver kegemaran buat aksesori perhiasan..

Tak semua orang mampu untuk beli emas, alternatifnya kita ada silver kerana ia juga termasuk dalam logam berharga. Kalau zaman Nabi Muhammad (berselawatlah) dahulu, 1 dirham boleh beli seekor ayam.

Namun, saya tak berapa gemar menyimpan silver kerana beberapa sebab. Saya kongsikan di bawah;

KELEBIHAN

  1. Lebih murah – Harga silver 100g Public Gold sekitar RM300, sedangkan harga emas dengan keberatan yang sama sekitar RM17k++ (harga pada 8 dec 2016). Boleh semak Silver to Gold Ratio di sini
  2. Pergerakan harga lebih tinggi dari emas, boleh mencecah 1 – 1.6 x ganda
  3. Kuantiti yang banyak bagus disimpan sekurang-kurangnya 3 tahun ke atas untuk mendapat keuntungan signifikan

KEKURANGAN

  1. Bersaiz besar – Public Gold ada menjual 10 dirham LBMA, tapi kebiasaanya orang simpan silver dalam keberatan yang lebih tinggi (sebab harga lebih-mampu)
  2. Susah nak simpan jika banyak. Kalau dah simpan pun berkilo-kilo, memang makan ruang. Logistik (ketika nak jual semula) mungkin juga sedikit sukar.
  3. Kecairan kurang. Silver sangat susah digadai. Setahu saya hanya Koperasi Dagang Emas sahaja yang masih menerima silver.

Walaubagaimanapun saya rasa perlu juga disimpan sedikit silver, zaman Nabi dulu pun perniagaan melibatkan dinar (emas) dan dirham (silver).

Andai kata berlaku darurat atau kecemasan negara (minta dijauhkan), mungkin dirham ini lebih mudah digunapakai untuk urusan. Wallahualam

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini