kelebihan menyimpan emas

APAKAH KELEBIHAN MENYIMPAN EMAS FIZIKAL UNTUK KITA?

Setelah banyak tahun membeli emas untuk dijadikan simpanan, saya mahu berkongsi beberapa kelebihan menyimpan emas fizikal dengan anda..

Setelah beberapa tahun menyimpan emas fizikal, saya nampak beberapa kebaikan dan kelebihan menyimpan emas fizikal untuk kita. Jangan salah faham, bukanlah saya nak kata bentuk simpanan lain itu kurang elok. Malah saya sendiri pun ada saja menyimpan duit di akaun bank². Malah melabur juga di Tabung Haji dan ASB.

  1. Dapat bekukan duit dan elak duit terbelanja atau bocor

    Kalau ada lebihan duit, katakanlah RM10k, saya yakin ramai yang akan berjoli. Saya sendiri tak lari dari masalah ini. Hobi saya mahal, scuba diving dan bikin video. Perkakasan kedua-dua hobi ini saja mencecah ribuan ringgit. Jika ada lebihan duit, saya yakin akan dibelanjakan membeli barangan terbaru. Bila menyimpan emas, saya lebih berdisiplin kerana barang saya akan nilaikan dengan harga emas. Kurang sikit mahu berjoli.
  1. Duit simpanan dapat bertahan lama

    Emas ialah barang berharga, naluri kita akan rasa sayang. Mungkin ramai yang sangat berdisiplin dalam bab simpanan duit ini. Saya nak kongsi satu contoh mudah; tabung oren atau tabung hijau. Idea dan konsep sangat menarik.

    Namun, ada juga yang “kantoi” hujung bulan. Sudah cantik istiqomah menabung setiap hari, sampai hujung bulan bila nampak tabung sudah penuh ada saja nak buat. Biasanya kawan² saya akan belanja makan family. Takpalah, benda baik kan. Ada 2 orang sahabat saya akhirnya menukarkan cepat² tabungan oren dan hijau mereka kepada emas, kerana sudah nampak kalau dibiarkan tangan akan gatal nak korek.
  1. Pajak emas untuk pusingan modal

    Dulu masa saya berniaga kedai tinted, kalau nak cari short term loan sama ada pergi kat bank, pinjam dengan kawan² yang kaya atau pun cari ahlong. Sepatutnya masa senang saya menabung emas, bila nak pakai duit untuk modal bisnes (kalau masa berniaga tinted biasanya untuk belian stok filem projek tinted bangunan) emas boleh saja dipajak untuk dapatkan pinjaman jangka pendek (pinjaman 60-75% dari nilai emas tanpa faedah)
  1. Harta yang selamat dari pembekuan bank

    Pernah dengar kisah orang bankrap? Saya kenal beberapa; ada dari ahli keluarga sendiri. Bos lama saya bankrap 3 kali namun masih berniaga dan tersangatlah kaya sekarang. Sahabat saya seorang pun diisytihar muflis, namun masih boleh berniaga. Apa rahsia mereka? Duit dalam bank semua sudah dibekukan. Mereka ini semulajadi bijak berniaga, pandai cari duit. Nak berniaga pun kena ada duit modal, duit tak turun dari langit.

    Sahabat saya berkongsi cerita, setelah dibekukan akaun² banknya, kesemua emas simpanan beliau dijual untuk memulakan perniagaan barunya. Emas tiada dalam sistem perbankan, malah tiada rekod milikan. Saya lihat beliau masih boleh berniaga dan teruskan kehidupan. Mungkin tidak semewah dahulu, tapi sekurang-kurangnya ada permulaan.
  1. Aset kecil yang mudah dibawa, digunapakai ketika dan selepas bencana

    Andai kata berlaku bencana dasyat di negara kita, dan kita perlu lari keluar dari negara dan memulakan kehidupan yang baru, apakah aset berharga yang boleh diguna-pakai di tempat baru?

    Lihat sejarah pelarian Vietnam dahulu yang datang ke Malaysia, apakah mereka membawa wang kertas mereka untuk memulakan kehidupan baru? Tanya juga pelarian Acheh yang ke negara kita, apakah yang mereka bawa terselit dalam bundut baju mereka.
  1. Kekalkan kuasa beli

    Setiap tahun, jika dilihat barangan keperluan dan makanan pasti akan meningkat harga bukan? Yang meningkat bukan harganya, tapi nilai duit itu yang menyusut. Sistem kewangan kertas (duit fiat) ada inflasi. Jika hari ini RM100 nilainya RM100, tahun depan nilainya dimakan inflasi (sekitar 2 – 4% setahun) kan sudah berkurang.

    Emas penyimpan nilai, 1 dinar dahulu boleh beli seekor kambing. Sekarang juga masih boleh beli seekor kambing. Namun jika ditaksirkan nilai dinar itu ketika zaman Nabi Muhammad (selawatlah) dan sekarang, sudah pasti banyak kali ganda bezanya.

    Simpanan emas jika perlu, boleh dijualkan saja untuk “offset” kenaikan perbelanjaan jika dirasakan terlalu membebankan. Harapnya zaman kita tak sampai lah ke tahap itu.

Harapnya dengan perkongsian kali ini, kita semua dapat lebih menghargai simpanan emas. Mungkin sekarang belum terbuka hati, atau tiada duit lebihan atau apa saja sebab anda..

padawanemas @Public Gold |PG00057567

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini