• Home
  • Kewangan
  • SAYA BIKIN BEBERAPA KERJA UNTUK JANA PENDAPATAN SAMPINGAN

SAYA BIKIN BEBERAPA KERJA UNTUK JANA PENDAPATAN SAMPINGAN

Hidup di bandar ada kalanya sukar juga, duit tak cukup sampai kena buat 2-3 kerja untuk jana pendapatan tambahan..

Setelah hampir 10 tahun bekerja makan gaji, tahun 2013 saya ambil keputusan untuk bekerja sendiri di bidang oil & gas, khususnya mengendalikan peralatan laut dalam, ROV. Best kerja sendiri, kita adalah bos diri kita sendiri.

Memandangkan kerja di laut ini fleksibel, jadi saya sentiasa belajar benda baru untuk cari peluang² kerja baru. Mulanya saya tambah skill set dan akhirnya berjaya bergelar ROV auditor; kerja yang agak unik di kalangan rakyat Malaysia (banyaknya orang putih).

Saya pernah juga ikut sahabat saya shooting video, sejak dari itu minat terhadap video makin bertambah, jadi saya teruskan belajar dan belajar. Sekarang, hasilnya saya sudah mula mengambil upah sebagai seorang videographer (padawanmedia)

Namun, apa yang saya nampak kesemua jenis kerja ini adalah bentuk pendapatan aktif, bermakna jika tak kerja (sakit contohnya) maka tiadalah pendapatan, tersekatlah aliran tunai kita.

Untuk itu saya sudah beberapa tahun mulakan alternatif punca pendapatan pasif pula.

Saya bukan komposer musik sohor, yang boleh hidup dengan royalti lagu saja. Kerja di laut ini-lah menemukan saya kepada Public Gold, satu platform perniagaan yang boleh jana pendapatan aktif dan pasif serentak.

Ok sangat, sambil menyimpan emas, cerita dengan masyarakat umum, jika ada orang mahu beli emas saya dapat komisen, tak banyak pun tapi ok lah, siapa nak bagi kan?

Tapi saya tak berhenti di situ saja, kerana minat saya dengan outdoor khususnya hiking ke serata air terjun maka lahirlah blog hikersbuncit yang mana blog itu setelah beberapa tahun sekarang sudah menjadi Lazada Affiliate. Mana tahu ada orang mahu beli barang hiking dari link, boleh juga saya jana pendapatan pasif tambahan dengan komisen.

Bukan setakat itu saja..

Maklumlah lah nak hidup. Memandangkan dah memang dari dulu belajar buat video, kebanyakkan hasil video saya upload ke youtube (silakan subscribe!). Asalnya untuk suka² dan juga boleh jadi tempat lambak video dan rujukan. Rupanya, orang putih di youtube menjana pendapatan pasif dari iklan yang jalan di video mereka.

Jadi, pada saya jika kita boleh memvariasikan punca pendapatan yang pelbagai, dari punca aktif dan pasif, satu hari mungkin kita boleh mencapai kehidupan yang lebih baik, di mana duit yang bekerja untuk kita

padawanemas @Public Gold |PG00057567

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini