Ada satu jenis perbelanjaan yang selalu buat kita rasa macam “tiba-tiba”.
Road tax tamat.
Insurans kereta kena renew.
Sekolah nak buka.
Raya dah dekat.
Servis kereta besar.
Yuran tahunan.
Cukai tertentu.
Padahal bila fikir semula, benda-benda ini sebenarnya bukan kecemasan.
Kita dah tahu ia akan datang.
Cuma masalahnya, kita tak sediakan duit lebih awal.
Akhirnya bila masa tiba, kita rasa terbeban.
Kadang-kadang guna kad kredit.
Kadang-kadang usik dana kecemasan.
Kadang-kadang tangguh perkara lain.
Bagi saya, di sinilah gunanya tabung perbelanjaan bermusim.
Bukan Semua Perbelanjaan Besar Itu Kecemasan
Ini antara perkara yang saya ambil masa untuk faham.
Kalau kereta rosak secara tiba-tiba, mungkin itu kecemasan.
Tapi kalau road tax tamat setiap tahun, itu bukan kecemasan.
Kalau sekolah anak buka setiap awal tahun, itu bukan kecemasan.
Kalau raya datang setiap tahun, itu pun bukan kecemasan.
Bezanya mudah:
kecemasan = kita tak tahu bila ia akan berlaku.
perbelanjaan bermusim = kita tahu ia akan datang, cuma tarikhnya mungkin berbeza sedikit.
Bila kita campur semua benda dalam satu tabung, kewangan jadi keliru.
Dana Kecemasan Patut Kekal Untuk Kecemasan
Saya rasa ramai orang buat satu silap yang mudah.
Setiap kali ada belanja besar, terus ambil daripada dana kecemasan.
Lama-lama dana kecemasan tak sempat membesar.
Asyik masuk.
Asyik keluar.
Kalau perbelanjaan itu memang boleh dijangka, lebih baik asingkan awal.
Dana Kecemasan: Simpan Dulu, Baru Belanja — Perlu Ke 10% Gaji?
Konsepnya Sebenarnya Mudah
Katakan insurans dan road tax kereta anda sekitar RM1,200 setahun.
Daripada tunggu hujung tahun dan cari RM1,200 sekaligus, bahagi 12 bulan.
RM1,200 ÷ 12 = RM100.
Simpan RM100 sebulan.
Bila tiba masa renew, duit itu dah hampir siap.
Kita tak rasa “terkejut”.
Kita tak perlu korek duit tempat lain.
Ini yang orang panggil sinking fund.
Saya lebih suka panggil:
tabung untuk belanja yang kita dah tahu akan datang.
Lebih mudahnya, tabung simpanan perbelanjaan bermusim
Apa Yang Sesuai Masuk Dalam Tabung Bermusim?
Setiap keluarga berbeza.
Tapi antara yang biasa:
- road tax dan insurans,
- servis kereta besar,
- yuran sekolah,
- uniform dan buku,
- sambutan raya,
- balik kampung,
- bercuti,
- cukai,
- yuran tahunan,
- maintenance rumah,
- hadiah,
- dan apa-apa bayaran tahunan.
Kita tak perlu buka 20 tabung.
Mulakan dengan dua atau tiga yang paling selalu buat kita sesak.
Saya Lebih Suka Asingkan Duit Ikut Tujuan
Dulu orang mungkin guna sampul fizikal.
Masukkan duit dalam sampul.
Tulis:
“Road Tax”
“Sekolah”
“Raya”
Sekarang konsep sama boleh dibuat secara digital.
Banyankn bank sekarang dah ada ciri seperti:
- Goal,
- Tabung,
- Pocket,
- Spaces,
- atau sub-account.
Nama berbeza.
Konsep sama.
Asingkan duit supaya ia tak bercampur dengan duit belanja harian.
Bila duit bercampur, kita mudah rasa ia “masih ada”.
Padahal sebenarnya ia dah ada kerja sendiri.
Automatik Lagi Mudah
Kalau boleh, jangan bergantung pada ingatan.
Hari gaji masuk, auto-transfer terus.
Contoh:
RM100 — road tax
RM150 — sekolah
RM100 — raya
RM100 — maintenance rumah
Jumlah RM450.
Kalau jumlah itu terlalu tinggi, jangan paksa.
Pilih yang paling penting dahulu.
Yang penting ialah mula membina sistem.
Kalau Gaji Tak Besar, Masih Boleh Buat?
Boleh.
Tapi jangan tengok jumlah besar dulu.
Tengok satu tabung.
Contohnya road tax RM600 setahun.
RM600 ÷ 12 = RM50 sebulan.
RM50 lebih mudah diurus berbanding cari RM600 sekaligus.
Kalau RM50 pun berat, mula RM20 atau RM30.
Mungkin tak cukup penuh bila tiba masanya.
Tapi sekurang-kurangnya beban dah berkurang.
Kenapa Cara Ini Rasa Lebih Ringan?
Sebab kita sedang “memecahkan” satu beban besar menjadi banyak beban kecil.
RM1,200 sekali gus nampak besar.
RM100 sebulan nampak lebih terkawal.
Secara matematik, jumlahnya sama.
Tapi dari sudut cash flow, kesannya sangat berbeza.
Jangan Jadikan Kad Kredit Sebagai Tabung Bermusim
Ini bahaya.
Ada orang tahu raya akan datang.
Tahu sekolah akan buka.
Tahu road tax nak tamat.
Tapi tak simpan.
Bila masa sampai, kad kredit dirasakan jadi penyelamat.
Masalahnya, kita cuma memindahkan tekanan ke bulan depan.
Dan kalau tak bayar penuh, tekanan itu datang bersama caj.
Bagi saya, kad kredit lebih mudah digunakan dengan selamat bila kita dah sediakan duit terlebih dahulu.
Bukan bila kita gunakan kad untuk membayar perkara yang kita sebenarnya belum mampu.
Bonus Pun Jangan Jadi Pelan Utama
Ada juga yang fikir:
“Nanti bonus coverlah.”
Boleh.
Tapi saya lebih rasa bonus itu jadi tambahan, bukan pelan utama.
Sebab bonus tak semestinya sama setiap tahun.
Kalau bonus tak ada, kita tetap kena bayar.
Bonus Tahunan Bukan Pendapatan Tetap
Tabung Bermusim Boleh Kurangkan Tekanan Dalam Rumah Tangga
Bila belanja besar datang tiba-tiba, ia bukan sekadar masalah nombor.
Ia boleh jadi punca stres.
Punca gaduh.
Punca rasa sesak.
Tapi bila dah ada tabung khas, kita masuk bulan itu dengan lebih tenang.
Benda itu dah dijangka.
Duit pun dah disediakan.
Bagi saya, ini antara fungsi sebenar pengurusan kewangan:
bukan semata-mata nak jadi kaya, tapi nak kurangkan kejutan yang boleh dielakkan.
Kalau Saya Nak Mula Hari Ini
Saya akan buat macam ni:
- tengok semula 12 bulan lepas,
- senaraikan belanja besar yang berulang,
- pilih tiga paling penting,
- bahagi jumlah tahunan dengan 12,
- buat tabung berasingan,
- auto-transfer setiap bulan.
Tak perlu sempurna.
Cukup kalau tahun depan kita kurang terkejut berbanding tahun ini.
Jangan Sampai Terlalu Banyak Tabung
Ini juga boleh berlaku.
Buat 15 tabung.
Akhirnya sistem jadi terlalu rumit.
Saya lebih suka sederhana.
Contohnya:
- Kenderaan
- Sekolah
- Raya / Balik Kampung
- Rumah
Kalau perlu, baru pecahkan lagi kemudian.
Paksa Diri Buat Pelan Perbelanjaan
Sekadar Renungan
Banyak masalah kewangan bukan sebab kita tak cukup duit semata-mata.
Kadang-kadang sebab kita tahu sesuatu akan datang, tapi kita tetap tunggu sampai saat akhir.
Tabung bermusim nampak macam benda kecil.
Tapi bila dibuat konsisten, ia boleh ubah pengalaman kita setiap kali belanja besar datang.
Daripada:
“Macam mana nak cari duit?”
kepada:
“Oh, duit untuk benda ni memang dah ada.”
Bagi saya, itu satu bentuk ketenangan.
Bukan sebab kita kaya.
Tapi sebab kita dah bersedia.



