Arkib

Tags

TIPS BAGAIMANA MAHU MERAMAL HARGA EMAS MASA DEPAN

Pertama sekali, baca post ini dengan hati terbuka. Ini bukan mahu ajar anda jadi bomoh, namun sekadar perkongsian tips bagaimana mahu membaca harga emas masa depan secara marhaen

Sebagai seorang Pelabur mahupun seorang Penyimpan yang bijak, faktor masa dalam pembelian atau penjualan emas adalah penting. Ini menentukan samada kita memaksimakan pelaburan kita atau tidak.

Untuk yang tidak belajar analisa harga emas teknikal, saya pernah berkongsi dulu bagaimana mahu membaca kesihatan graf emas; samada trend tengah menaik atau menurun bagi rakyat marhaen.

Kali ini, saya mahu berkongsi 2 tips bagaimana kita boleh agak² perjalanan emas di masa hadapan, dalam faktor masa 24 jam dan secara bulanan. Lagi sekali saya ingatkan, ini bukan benda pasti tapi hanyalah data.

1# – Tips melihat harga emas 24 jam ke depan

Untuk contoh ini, kita perlu ke website Public Gold

Kita semak harga emas 24k di (1). Data ini akan dikemaskini setiap 20 min mengikut pasaran spot + premium over spot syarikat. Untuk membeli emas esok hari, terbaiknya beli emas melalui akaun GAP (2) dan tunggu sekitar jam 10 malam Malaysia.

Sekitar jam 10 malam, ambil PG Sell dan bahagi 10g untuk mendapatkan harganya per gram. Jika harganya lebih rendah dari (2) bermakna lepas tengah malam ada kemungkinan harga emas akan menurun. Begitu juga sebaliknya.

Jika kena dengan bajet, boleh teruskan dengan pembelian emas dengan akaun emas GAP patuh syariah.

#2 – Tips melihat harga emas 1 bulan ke depan

Untuk contoh ini kita perlu ke website CME Group. Syarikat ini merupakan pertukaran terbesar dunia yang menguruskan jual beli kontrak pasaran ke hadapan (futures)

harga emas masa depan

Untuk kefahaman umum harga kontrak adalah harga yang ditetapkan untuk penghantaran emas fizikal dalam jumlah ditetapkan, di masa depan.

Untuk contoh ini kita boleh semak Futures Globex (pasaran emas terbesar). Di bahagian (3) ialah kontrak bulan-bulan ke hadapan untuk diniagakan (trade) berdasarkan analisa pakar² mengikut keadaan pasaran sekarang (dan beberapa faktor lain) dan diunjurkan ke masa depan.

Kesimpulannya, jika kita sudah lengkapkan diri dengan ilmu menentukan tahap kesihatan pasaran emas, serta teknik meramal harga emas masa depan (menaik atau menurun). Sepatutnya kita akan dapat membuat belian atau jualan pada harga yang baik dan dapat memaksimakan pelaburan.

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini